Gaya hidup kegembiraan semula jadi

servis kami

SERVIS KAMI

bekam SUNNAH

Bekam merupakan satu amalan tradisional yang diamalkan dalam pelbagai budaya di seluruh dunia. Tujuan berbekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor dari badan yang menjadi punca penurunan tahap kesihatan. Pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan bekam mestilah berumur antara 10 hingga 65 tahun. Bagi pelanggan yang berumur lebih daripada 65 tahun, berbekam boleh dilakukan sekiranya mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Urutan badan

Urutan boleh digunakan pada yang terseliuh, terkehel,sakit urat saraf, sakit kepala dan lenguh-lenguh seluruh badan. Ini adalah diantara penyakit yang boleh dikategorikan penyakit-penyakit ringan tetapi kalau dibiarkan ia boleh menjadi serius. Antara manfaat urutan ialah mengurangkan sakit kepala, mengurangkan sakit belakang, mengurangkan sakit sendi, mengurangkan lenguh-lenguh badan dan juga mengatasi masalah stress.

terapi AIR RELAX

Air relax dikenali sebagai terapi urutan yang dapat melancarkan peredaraan darah serta mengurangkan asid laktik yang berpunca dari sukan yang banyak menggunakan kaki seperti berlari, berbasikal, bermain bola atau berdiri dalam masa yang lama. Air relax juga dapat mengurangkan sakit pada otot, meningkatkan flexible pada otot, meningkatkan imuniti dan untuk tidur yang lebih baik.

terapi HYPERVOLT

Hypervolt adalah salah satu seni yang mengunakan urutan getaran untuk membantu memberikan kesan relax pada otot yang lenguh dan otot yang mengeras, dan juga membantu meningkatkan pengaliran darah. Hypervolt ini senang untuk digunakan untuk “self-myofascial release”. Walaubagaimanapun, hypervolt ini tidak sesuai untuk digunakan pada wanita yang mengandung, masalah penyakit diabetes dengan komplikasi terhadap neuropathy dan masalah mata, orang yang mengunakan pacemaker pada jantung, masalah sawan, “metal plating” pada tulang, orang yang mempunyai masalah tulang belakang seperti (herniated disks, spondylolisthesis, spondylosis dan recent joint replacement).

terapi ultrasound

Terapi ultrasound merupakan sejenis termoterapi (terapi panas) yang menggunakan arus gelombang pemanasan dari dalam yang dapat mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot. Terapi ultrasound dapat mengurangkan masalah seperti bengkak, otot spasm , radang saraf, tendinitis (keradangan pada tendon), bursitis (keradangan pada bursa yang berada antara tendon dan tulang), sprain (kecederaan pada ligament), strain(kecederaan otot) ,kecederaan rotator cuff , frozen shoulder (bahu beku) ,arthritis dan carpal tunnel syndrome.